Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Alvin Chow Mengaku Hina...

KUALA LUMPUR - Lelaki yang mencetuskan kontroversi kerana menghina Nabi Muhammad SAW dan...

Awas! Udang Palsu Masuk...

SEBELUM ini, ada sahaja laporan mengenai makanan palsu dari China yang masuk ke dalam...

Seorang Maut, 2 Cedera...

ALOR SETAR - Seorang pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (PROPEL) maut manakala dua...

Bekas Suami Ke Mahkamah...

PETALING JAYA - Pelakon Izreen Azminda menjelaskan bekas suaminya, Muhammad Riza Baharuddin yang...

Lelaki Ditahan Secara Paksa Untuk Saringan Covid-19

KUALA LUMPUR – Akibat tidak memberi kerjasama untuk melakukan saringan Covid-19 secara sukarela, seorang lelaki ditahan di rumahnya di Taman Mutiara Sungai Bedaun, Bebuluh, Labuan, Sabah, semalam.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, lelaki itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Labuan bersama pasukan perubatan Hospital Labuan mengikut peruntukan di bawah Seksyen 15(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi tujuan untuk melakukan saringan Covid-19 secara paksa, jam 4 petang.

Menurutnya, lelaki berusia 68 tahun itu sangat diperlukan untuk hadir ke Hospital Labuan bagi tujuan ujian saringan Covid-19 dan seterusnya menjalani sesi kuarantin.

“Ini disebabkan dia merupakan bapa (kontak pertama) kepada salah seorang ahli jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Sri Petaling.

“Lelaki itu disahkan sebagai kontak pertama hasil daripada siasatan yang telah dijalankan oleh pihak hospital kepada anaknya yang telah memaklumkan bahawa mereka tinggal serumah,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.


Muhamad Farid berkata, Selasa lalu, lelaki itu telah diarahkan hadir secara sukarela bagi menjalani ujian Covid-19 di Hospital Labuan, namun tidak mengendahkan sebarang arahan dan perintah terbabit.

“Lelaki itu telah diserahkan kepada pasukan perubatan untuk menjalani ujian Covid-19 dan seterusnya menjalani perintah kuarantin selama 14 hari di Pusat Kuarantin Hospital Labuan,” katanya.

Terdahulu, tular video dan gambar di media sosial membabitkan seorang lelaki ditangkap sepasukan polis dan pasukan perubatan. – Sinar Harian

Kategori