Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sasar 35,000 Peserta KL...

KUALA LUMPUR - KL Maraton Standard Chartered (SCKLM) 2018 yang dijadual pada 8...

Roslan: Bermalam Bersama Mayat...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles MASUK hari itu - 23 Oktober 1979 - sudah...

JDT Semakin Hampir Pertahan...

PUTRAJAYA - Juara bertahan, Johor Darul Taā€™zim (JDT) semakin hampir untuk mempertahankan kejuaraan...

Kenyataan Ab Aziz Kaprawi...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa kenyataan media oleh Timbalan...

Lelaki Maut Ditikam, Digilis MPV

LELAKI maut selepas dilanggar dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam dalam satu pergaduhan di Taman Impian Ria, Machang Bubok dekat Bukit Mertajam, semalam.

Dalam kejadian 9.50 malam itu, mangsa, Leow Choong Leong, dari Taman Impian Ria, bekerja sebagai penjual peralatan ganti motosikal.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Superintendan Mohd Mustafa Bidin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan kejadian.

Beliau berkata, polis bergegas ke lokasi sebelum mendapati seorang lelaki terbaring di hadapan kedai serbaneka di kawasan itu dalam keadaan parah.

ā€œLelaki itu juga didapati ada kesan tikaman pada badannya,ā€ katanya.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke hospital bagi tujuan bedah siasat.


Susulan itu katanya, polis memburu suspek lelaki dianggarkan dengan ketinggian 170 sentimeter (sm), berambut kerinting, berkaca mata dan berbadan kurus.

Ketika kejadian, dia dilihat memakai baju dan seluar jeans berwarna hitam.

ā€œSehubungan itu polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis bagi membantu siasatan,ā€ katanya lagi. – myMetro Online

Kategori