Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Wanita Dipenjara Miliki Wang...

Georgetown : Pekerja kedai pakaian dihukum penjara 10 bulan kerana memiliki wang palsu...

Jangan Tindak Balas Kepada...

KUALA LUMPUR – Malaysia Hindu Sangam (MHS) menggesa masyarakat Hindu di negara ini...

Syed Saddiq Letak Jawatan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan dan menterinya tidak mempunyai kaitan dengan...

Elfira Sebak, Kagum Dengan...

PELAKON, Elfira Loy tidak dapat menahan sebak lalu mengalirkan air mata ketika berkongsi...

LHDN Benarkan Tangguh Bayaran Cukai

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), membenarkan penangguhan bayaran anggaran cukai bagi tempoh enam bulan bermula 1 April 2020 sehingga 30 September 2020.

Penangguhan itu adalah bagi pembayar cukai di bawah sektor pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan, berikutan kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE 2020) untuk menangani impak ekonomi kesan daripada wabak Covid-19.

Menerusi kenyataan dikeluarkan, LHDNM berkata, pihaknya juga membenarkan pindaan anggaran cukai pada bulan ketiga ansuran jika ia jatuh dalam tahun 2020 kepada pembayar cukai bagi semua sektor perniagaan yang terjejas.

“Sehubungan itu, LHDNM ingin memaklumkan bahawa Borang Permohonan Penangguhan Bayaran Anggaran Cukai dan Borang Permohonan Pindaan Anggaran Cukai Pada Bulan Ke-3 Ansuran Dalam Tahun 2020 di bawah PRE 2020 telah dimuatnaik ke Portal Rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my,” katanya.

Kategori