KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Bhd menyambung semula beberapa penerbangan antarabangsa antara April dan Mei 2020, untuk membawa pulang warga Malaysia berikutan sekatan perjalanan di kebanyakan negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kapten Izham Ismail, berkata terdapat banyak permintaan sama ada dalam kalangan warga Malaysia atau rakyat asing memohon usaha itu dengan kebanyakannya membabitkan laluan antara Kuala Lumpur ke Australia dan New Zealand, serta ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke London.
“Sebagai syarikat penerbangan rangkaian, Malaysia Airlines dapat mengekalkan jaringan dan membawa pelanggan kami terus atau paling hampir dengan destinasi yang mereka mahukan.
“Sebagai syarikat penerbangan nasional Malaysia, menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan akses kepada Malaysia di peringkat domestik dan antarabangsa dalam tempoh sukar ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Penerbangan yang disambung semula itu membabitkan laluan Kuala Lumpur ke dan dari Auckland, Melbourne, Sydney, Perth, Jakarta dan Guangzhou.
Musim penyakit… Cuba perkuatkan imunisasi tubuh anda dan anak anda…. Pilih Immune Defence klik