Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Teliti Punca 52 Pegawai...

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan meneliti punca seramai...

100 Hari: Tumpu Perkukuhkan...

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang di bawah Barisan Nasional akan menjalinkan kerjasama dengan...

Samun Guna Pisau Pemotong...

SEORANG pekerja kedai serbaneka 7-Eleven berdepan detik cemas apabila disamun penjenayah yang menggunakan pisau...

Jelas Mahathir Yang Mudah...

KUALA LUMPUR - "Melayu tidak mudah lupa, tetapi Tun Dr. Mahathir Mohamad yang...

Malaysia Akan Menjadi Lebih Kuat – Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Malaysia akan menjadi lebih kuat sekiranya berjaya melalui fasa kritikal ketika ini sehingga krisis COVID-19 berakhir kelak.

Sehubungan itu, Perdana Menteri merayu supaya semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, bersabar dan menaruh kepercayaan kepada kerajaan yang sedang melakukan segala yang termampu untuk mengakhiri krisis ini.

Jelasnya, negara ketika ini sedang berperang dengan musuh yang tidak dapat dilihat dan situasi ketika ini tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.

“Mungkin kerajaan ini bukanlah kerajaan yang anda undi. Namun, saya ingin tegaskan kerajaan ini prihatin pada anda semua.

“Saya terima hakikat menjadi Perdana Menteri pada waktu yang sukar. Saya berdepan krisis politik, ekonomi dan kesihatan pada waktu yang sama.


“Jadi, saudara-saudari dan anak-anak sekalian, sama ada kamu orang Melayu, Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun, Orang Asal, tolonglah bersabar dengan saya dan rakan dalam Kabinet. Kami tidak sempurna, tapi kami sedang melakukan sebaik mungkin dalam usaha mengharungi krisis ini secara bersama, sebagai satu bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) hari ini. – BH Online

Kategori