Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Anggota Polis Disaman Guna...

AMPANG JAYA : Seorang anggota polis yang tular menggunakan nombor pendaftaran 'fancy' dan...

Kejohanan PSA: Nicol Gagal...

KUALA LUMPUR - Hasrat ratu skuasy negara, Datuk Nicol David untuk mara ke...

Kerani Dipenjara 3 Bulan...

KUALA LUMPUR - Seorang kerani di Kementerian Pertahanan yang mencetuskan kemarahan orang ramai...

Rogol Dua Anak Kandung:...

MELAKA: Seorang penyelia syarikat pelaburan dijatuhi hukuman penjara 426 tahun dan 240 sebatan...

Mana Ada Masjid Nabawi Lengang…

“TIDAK benar cerita tular itu kerana hakikatnya masih ada jemaah, penduduk serta penuntut universiti datang menunaikan solat berjemaah di sini,” kata penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Syariah Universiti Islam Madinah, Najmi Farisham Muhammad Najmi Rosli.

Najmi, 26, memberi reaksi itu ketika diminta mengulas mengenai hantaran dimuat naiknya di Facebook (FB), awal pagi hari ini.

Menerusi hantaran berkenaan, Najmi berkongsi pengalamannya menunaikan solat di Masjid Nabawi, Madinah dan menyangkal dakwaan mengatakan kawasan berkenaan lengang disebabkan Covid-19.

Katanya, penjelasan dimuat naik di FB itu bertujuan menceritakan situasi sebenar kepada pengikut dengan harapan gambar dan video tular di laman sosial tidak menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

“Saya tahu mengenai gambar dan video tular di laman sosial itu kelmarin.

“Memandangkan saya berada di sini, ada rakan dan pengikut FB menghantar kiriman mesej untuk mengetahui kesahihannya.

“Saya terpanggil berkongsi kisah sebenar apabila ada dakwaan mengatakan Masjid Nabawi lengang disebabkan konspirasi, sedangkan masih ramai jemaah menunaikan solat di dalam masjid, cuma tidak sesak.

“Malah, saya menyaksikan saf penuh kerana berjemaah di situ malam tadi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.


Katanya, orang ramai boleh menyaksikan sendiri video siaran langsung suasana di Masjidil Haram, Makkah setiap hari menerusi YouTube.

Pemuda berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu berkata, keadaan masih terkawal buat masa ini dan kerajaan Arab Saudi sudah mengambil langkah sewajarnya bagi membendung penularan wabak Covid-19.

“Saya tahu kerajaan Arab Saudi sudah menggantung kemasukan jemaah untuk mengerjakan umrah di Makkah dan melawat Masjid Nabawi, Madinah untuk sementara waktu.

“Selain itu, pihak berkuasa ditempatkan di kawasan sempadan mengadakan sekatan jalan raya untuk mengawal keluar masuk sebagai langkah keselamatan susulan Covid-19.

“Jadi, saya berharap orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan kisah tular selagi belum sahih dan menyebarkannya hingga terlupa perkongsian itu boleh menimbulkan situasi panik serta persepsi negatif,” katanya yang dijangka pulang ke tanah air, bulan depan. – myMetro Online

Kategori