Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Tun M & KJ.....

Kebanyakan pihak sedia maklum mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Menteri Belia...

Pencawang TNB Meletup, Juruteknik...

SEBUAH pencawang elektrik di kawasan premis perniagaan berhampiran Kolej Komuniti Bagan Datoh di Hutan...

Solidariti Kunci Kemenangan UMNO,...

KUALA LUMPUR - Solidariti perlu dijadikan sebagai 'kata kunci' bagi memastikan kemenangan UMNO...

Lelaki Ditahan Seludup Air...

BANGKOK - Seorang lelaki Thailand ditangkap pada Khamis lalu di pusat pemeriksaan sempadan...

Meninggal Dunia Akibat Covid-19 Syahid Akhirat

UMAT Islam yang meninggal dunia akibat Covid-19 dianggap syahid akhirat.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, ini kerana kematian mereka disebabkan mudarat akibat penularan wabak maut itu.

Menurutnya, mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19 juga perlu disempurnakan sama seperti jenazah lain.

“Mangsa yang meninggal dunia perlu dimandikan, dikafankan dan disolat seterusnya dikebumikan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Mereka yang meninggal dunia ini sama seperti individu yang meninggal dunia ketika bersalin dan kemalangan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Rahman berkata, mereka yang meninggal dunia ini juga dihapuskan dosa kerana penyakit yang dihidapi itu adalah asbab Allah SWT untuk menghapuskan dosa seseorang.


Katanya, mereka akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT atas ujian yang diberikan ketika hayatnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan umat Islam agar menggunakan waktu lapang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini untuk meningkatkan amal ibadah kepada Allah SWT.

“Banyakkan solat hajat berjemaah, berzikir, berdoa agar Allah SWT permudahkan ujian yang sedang kita hadapi ini.

“Ujian ini juga menjadikan kita insan yang lebih baik selain mengukuhkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga,” katanya. – myMetro Online

Kategori