Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rancangan Pelik Dan Tidak...

TOKYO – Jepun oh Jepun... bilakah kegilaan akan berakhir? Itu yang menjadi persoalan...

Wanita Rugi RM106,012 Terpedaya...

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita kerugian RM106,012 selepas terpedaya dengan penipuan yang menggunakan taktik...

Pengawal Istana Hampir Tertembak...

BEKAS pengawal Istana Buckingham mendedahkan dia pernah hampir tertembak pemerintah Britain, Ratu Elizabeth...

Dewan Rakyat Benar Usul...

PARLIMEN | Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun membenarkan usul tergempar untuk membahaskan...

Muhyiddin Dengar Taklimat KSU 2 Kementerian

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan dan Kementerian Luar Negeri bagi mendapatkan penerangan berhubung perkembangan kedua-dua kementerian.

Lima gambar pertemuan itu dimuat naik dalam akaun Facebook Muhyiddin Yassin bersama kenyataan tiga perenggan, memaklumkan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Gazali Abas memberi penerangan mengenai perkembangan sektor pendidikan negara.

Penerangan itu termasuk mengenai statistik pencapaian terkini dan cadangan untuk mempertingkatkan bidang pendidikan di Malaysia.

KSU Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob pula memaklumkan mengenai keadaan semasa hubungan Malaysia dengan negara-negara lain, jalinan kerjasama serta persidangan penting yang akan berlangsung tahun ini.

Sejak memulakan tugas Isnin lalu, Perdana Menteri sudah mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.


Semalam, Muhyiddin mengadakan pertemuan dengan KSU Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir dan KSU Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen.

Beliau juga sudah bertemu Ketua Ekonomi Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Kementerian Kewangan, Dr. V Sivabalasingam dan Pengarah Belanjawan Negara, Johan Mahmood Merican untuk mengetahui status terkini pelaksanaan Belanjawan 2020 serta Pakej Rangsangan Ekonomi yang dilancarkan Khamis minggu lalu.

Perdana Menteri turut mendengar taklimat mengenai Status COVID-19 oleh Pasukan Petugas Khas Kementerian Kesihatan pagi semalam, disusuli pertemuan dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. – BH Online

Kategori