Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lagi Maut Tercampak Dari...

BEIJING - Seorang lelaki menjadi mangsa terbaharu maut selepas tercampak dari sebuah permainan...

Perintah Berkurung Di Perairan...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah, melibatkan enam...

156,000 Pengundi Belum Mendaftar...

KOTA BHARU - Seramai 156,000 individu yang beralamat di Kelantan dan sudah layak...

Pelajar Dipatuk Ular Ambil...

BESUT - Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dipatuk ular di...

Muhyiddin Komited Jadikan Sistem Pendidikan Negara Terbaik

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin komited memastikan sistem pendidikan negara menjadi yang terbaik untuk melahirkan pelajar hebat dan mencipta kejayaan luar biasa.

Perdana Menteri berkata, beliau mahu melihat pelajar yang dihasilkan sistem pendidikan negara bukan saja cemerlang, tetapi ‘lebih cemerlang daripada cemerlang’.

Muhyiddin yang mengadakan lawatan rasmi pertama selepas memegang jawatan Perdana Menteri, di Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), di sini, pagi tadi, berkata beliau mahu melihat pelajar negara ini berkemahiran serta menguasai bidang pendidikan, khususnya dalam sains dan teknologi.

“Saya komited untuk menentukan supaya sistem pendidikan negara menjadi satu sistem yang lebih baik, boleh melahirkan pelajar berkemahiran serta menguasai bidang pendidikan, khususnya dalam sains dan teknologi. Penguasaan bahasa Inggeris yang lebih baik dan bahasa Melayu yang lebih baik.

“Oleh itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan guru begitu berdedikasi serta ibu bapa yang komited melihat kejayaan anak-anak dan lebih penting, pelajar sekalian yang bertungkus-lumus.

“Hanya dengan ilmu, dapat mencapai kejayaan dalam hidup di dunia dan akhirat,” katanya ketika berucap di hadapan pelajar, ibu bapa serta guru pada majlis penyampaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 di SAS, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Gazali Abas, serta Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) SAS, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

SAS muncul sekolah terbaik pada peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk keputusan peperiksaan SPM tahun lalu.

Muhyiddin berkata, beliau dimaklumkan semalam bahawa pencapaian keputusan SPM kali ini lebih baik berbanding tahun sebelumnya.


Justeru, katanya, beliau juga mahu melihat SAS mencapai kejayaan lebih baik pada tahun mendatang.

Perdana Menteri turut menyampaikan sijil kepada sembilan pelajar SAS yang meraih keputusan cemerlang membabitkan seorang calon mendapat 10A+ dan lapan lagi memperoleh 9A+.

Terdahulu, Muhyiddin yang pernah memegang jawatan Menteri Pendidikan dari 2013 hingga 2015 berkata, beliau tidak menjangka diminta berucap kerana kehadirannya ke sekolah itu adalah secara mengejut untuk melihat ibu bapa dan anak mereka yang menerima keputusan SPM, hari ini.

Katanya, beliau berbangga kerana dapat hadir ke sekolah yang mencipta banyak kegemilangan.

Ketika Muhyiddin menjadi Menteri Pendidikan, kementeriannya memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang kini diguna pakai dalam sistem pendidikan negara.

Julai tahun lalu, BH melaporkan lima bidang utama, termasuk akses kepada pendidikan, dalam PPPM 2013-2025 mencatat peningkatan memberangsangkan selepas enam tahun dilaksanakan.

Empat aspek lain ialah meningkatkan kualiti dalam pendidikan, ekuiti dalam pendidikan, membangunkan nilai dan sahsiah murid dan memperkukuhkan perpaduan melalui pendidikan, serta meningkatkan kecekapan dalam pendidikan. – BH Online

Kategori