Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

RM25 Juta Disalur Kepada...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memperuntukkan sebanyak RM25 juta secara...

Tanah Runtuh: Pemasangan Cerucuk...

HULU SELANGOR - Kerja memasang cerucuk besi bagi memperkukuh tebing tanah yang terjejas...

TH Nafi Ringgit Tak...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan berita palsu yang...

Kekanda Kepada Yang Di-Pertuan...

ALOR SETAR - Tunku Hamidah Almarhum Sultan Badlishah, 90, kekanda kepada Yang di-Pertuan...

Muhyiddin Pengerusikan Mesyuarat Kabinet Pertama

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri yang pertama di Perdana Putra, di sini.

Mesyuarat yang bermula pada jam 9.25 pagi itu dihadiri semua 31 menteri.

Sebelum mesyuarat Kabinet itu bermula, Muhyiddin menyertai sesi bergambar bersama Jemaah Menteri.

Isnin lalu, Muhyiddin mengumumkan barisan Kabinet, yang buat pertama kali dalam sejarah negara tidak menamakan timbalan perdana menteri.

Muhyiddin sebaliknya mengumumkan pelantikan empat menteri kanan iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; dan Menteri Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Md Jidin.


Menteri Kabinet yang dilantik mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati di sini, semalam.

Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac.

Turut hadir dalam mesyuarat Kabinet pertama itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet), Datuk Dr. Farizah Ahmad.

Kategori