Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Sultan Perak Berangkat Ke...

IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara...

Tiada Dana 1MDB Masuk...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menegaskan bahawa syarikat milik kerajaan itu...

Lauk Dalam Tandas, Nasi...

Kota Bharu : Sanggup menyembunyikan lauk dalam tandas dan nasi bungkus dalam mesin...

PRU: Ku Li Yakin...

GUA MUSANG – Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yakin Barisan Nasional...

Muhyiddin Serah Senarai Jemaah Menteri Baharu

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan.

Kenderaan rasmi yang membawa Muhyiddin, 72, dilihat tiba di Istana Negara pada 10.47 pagi melalui Pintu Utama.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, selepas mendapat perkenan daripada Seri Paduka, Muhyiddin dijangka mengumumkan senarai Jemaah Menteri hari ini, pada 5 petang, di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Pada 29 Februari, Al-Sultan Abdullah berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Muhyiddin itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, selepas Seri Paduka berpandangan Ahli Parlimen Pagoh itu mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat, selepas hampir seminggu krisis politik negara berlaku.

Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Al-Sultan Abdullah di Istana Negara pada 1 Mac.

Kategori