Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Penetapan Kadar Gaji Minimum...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia sedang menunggu kelulusan Kabinet mengenai penetapan kadar...

Gunung Berapi Soputan Di...

JAKARTA - Pulau Sulawesi terus diancam bencana alam apabila Gunung Berapi Soputan yang...

Bajet: PM Bentang Bajet...

KUALA LUMPUR - Bajet 2015, yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib...

Empat Misi Pacu Transformasi...

KUALA LUMPUR : Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang dilancarkan Perdana...

Operasi ATM Jaga Keselamatan Negara Tetap Berjalan

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meneruskan semua operasi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara, biarpun Malaysia berdepan dengan penularan wabak COVID-19.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, berkata ATM sebagai benteng pertahanan negara perlu mengutamakan aspek kedaulatan dalam sebarang situasi.

“Semua operasi ketenteraan dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara, tetap dilaksanakan supaya ia kekal dipelihara, manakala sebarang aktiviti latihan ditangguhkan.

“Saya sudah mengarahkan setiap perkhidmatan (darat, laut dan udara) memperincikan perkara berkaitan aspek operasi, latihan dan kursus, pentadbiran, eksesais serta logistik supaya pelaksanaannya tidak bercanggah dengan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan khas kepada semua warga ATM di sini, hari ini.


Dalam pada itu, Affendi turut mengingatkan semua warga ATM mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan serta arahan semasa peringkat perkhidmatan masing-masing.

“Sikap ambil peduli perlu dipatuhi bagi tujuan perlindungan. Tidak perlu membuat pembelian panik dan tidak perlu pulang ke kampung, jika tiada sebarang hal kecemasan.

“Fahami maksud jarak sosial dan dapatkan rawatan awal jika ada simptom kerana semua amalan itu akan mengurangkan risiko dijangkiti dan menjangkiti orang lain,” katanya. – BH Online

Kategori