Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Remaja Bertatu Dapat Hidayah...

ALHAMDULILLAH..sesungguhnya Allah s.w.t Maha Besar dan Maha Mengampuni.Hidayah dan petunjuk-Nya sememangnya untuk sesiapa...

Esok Keputusan Najib, Arul...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini akan memutuskan esok sama ada Datuk...

Kosmo! Kekal Akhbar Harian...

KETIKA trend penjualan akhbar mencatatkan kemerosotan, Kosmo! terus melakar sejarah apabila kekal menjadi...

Uber Pohon Jadi Pencelah...

KUALA LUMPUR - Uber yang menyediakan perkhidmatan mengambil penumpang dalam talian, hari ini...

Operasi Premis Perniagaan 8 Pagi Hingga 8 Malam

KUALA LUMPUR – Operasi semua premis perniagaan menjual barangan keperluan asas dan komoditi ditetapkan dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu bagaimanapun memperuntukkan operasi pengangkutan awam dikekalkan dari jam 6 pagi hingga 10 malam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan SOP fasa kedua berbeza dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seperti yang dilaksanakan di Simpang Renggam, Kluang dan Hulu Langat.

“PKPD menggariskan sesiapa pun tidak boleh keluar rumah, tetapi SOP baharu bagi fasa kedua ini jauh sekali daripada perintah berkurung yang diuar-uarkan pihak tidak bertanggungjawab sebelum ini.

“Menerusi SOP baharu bagi fasa kedua berkuat kuasa 1 April ini, orang ramai masih boleh bergerak atau keluar untuk mendapatkan barangan keperluan asas, tetapi mengikut tempoh ditetapkan.

“Bagaimanapun, kita tetapkan hanya seorang yang boleh berada dalam kenderaan ketika keluar dari rumah untuk membeli barangan keperluan asas,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP, di Putrajaya, hari ini. – BH Online

Kategori