Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bukan Lagi Maxis, Pelanggan...

KEDUDUKAN Maxis yang selama ini selesa sebagai syarikat telekomunikasi pilihan utama rakyat Malaysia telah...

Anak Presiden Korean Air...

Seoul - Rupanya keangkuhan anak perempuan Presiden Korean Air tidak sekadar menyebabkan penerbangan...

‘Flight Delay’, PC Istimewa...

SIDANG media khas petang ini dijangka akan bermula lewat gara-gara penangguhan ketibaan pesawat...

Mangsa Banjir Di Pekan...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Pekan masih kekal 477 orang tengah hari...

Orang Kaya Dunia Pun Terjejas Akibat Covid-19

PANDEMIK koronavirus (Covid -19) yang menular ke hampir serata dunia dalam tempoh tiga bulan lalu nampaknya turut menjejaskan nilai kekayaan manusia paling kaya di dunia.

Bloomberg Billionaires Index mendedahkan bermula 13 Mac lalu, individu yang terjejas adalah mereka yang terkenal dan berada dalam senarai 500 manusia paling kaya di dunia seperti Jeff Bezos, Bill Gates dan Bernard Arnault.

Pengasas Amazon, Microsoft dan Pengerusi LVMH Moët Hennessy itu masing-masing dilaporkan mengalami penyusutan kekayaan sehingga 10 peratus berbanding tahun lalu.

Bezos yang mempunyai kekayaan bernilai AS$110 bilion (RM480 bilion) mengalami penyusutan pendapatan sehingga 7.3 peratus manakala nilai kekayaan Gates menyusut kepada 5.09 peratus menjadi AS$99.2 bilion (RM432 bilion) berbanding AS$100 bilion (RM436 bilion) pada tahun lalu.

Nilai kekayaan Arnault pula dilaporkan menyusut sebanyak 8.57 peratus menjadi AS$82.5 bilion (RM358 bilion). Nilai kekayaan beliau dilaporkan menyusut selepas syarikatnya yang merangkumi 70 jenama terkenal seperti Louis Vuitton dan Sephora kehilangan pelanggan utama yang terdiri daripada rakyat China.

Nasib yang sama juga menimpa beberapa hartawan terkenal dunia seperti pengasas Kumpulan Alibaba, Jack Ma yang menyusut nilai kekayaannya sekitar 4.1 peratus iaitu kira-kira AS$1.7 bilion (RM7.4 bilion) kepada AS$39.4 bilion (RM171.6 bilion) daripada AS$41 bilion (RM179). Kekayaan pemilik jenama Zara, Amancio Ortega pula menyusut 8.17 peratus menjadi AS$58.1 billion (RM253 bilion) daripada AS$63.3 bilion (RM276 bilion).


Paling terjejas teruk ialah Mark Zuckerberg. Bloomberg Billionaire Index melaporkan pengasas Facebook itu mengalami penyusustan nilai kekayaan sehingga 9.5 peratus. Nilai kekayaan diperoleh sebanyak AS$63.1 bilion (RM275 bilion) berkurang kepada AS$57.4 bilion (RM250 bilion).

Penyusutan tersebut dilaporkan berpunca daripada kecaman orang ramai yang mendakwa syarikat dikendalikannya itu menyediakan berita palsu tentang penularan pandemik.

Nampaknya, Covid-19 menyerang dan menjejaskan sesiapa sahaja di muka bumi ini sama ada dari segi kesihatan ataupun kekayaan. – Sinar Harian

Kategori