Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pemandu Lori Ditahan Keluar...

KEPALA BATAS - Polis menahan seorang pemandu lori yang melanggar sebuah kedai terletak...

Shahir Sunting Erra Fazira...

NAMA Shahir Zawawi semakin kerap muncul di ruangan gosip selepas satu demi satu...

Sultan Johor Beri Dana...

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memberi dana sebanyak...

10 Tahun Jaga Khazanah...

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hairan kerana sepanjang tempoh 10...

Pelantikan Kabinet Hak Mutlak PM – MCA

MCA tidak meletakkan sebarang permintaan khusus untuk jawatan Kabinet sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada pertimbangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, parti itu menerima apa saja keputusan dan akan menumpukan kerjasama antara parti gabungan kerajaan untuk memperjuangkan isu rakyat.

Katanya, MCA tetap fokus dengan apa yang ditetapkan dalam Perikatan Nasional (PN) dan perkara itu turut dibincangkan dalam pertemuan bersama Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, semalam.

“Pelantikan kabinet adalah hak mutlak Perdana Menteri, kita tidak ada permintaan mengenainya,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau turut berkongsi mengenai kunjung hormat MCA ke atas Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad semalam yang antara lain membincangkan mengenai senario politik terkini dan hala tuju negeri itu.

“MCA Johor memberi sokongan padu kepada kepimpinan Datuk Hasni dan akan terus membela nasib rakyat tanpa mengira kaum bersama-sama kerajaan negeri,” katanya. – myMetro Online

Kategori