Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Esok! Pembayaran Elektronik Sepenuhnya...

SEBERANG PERAI - PLUS Malaysia Bhd (PLUS) akan melaksanakan sistem kutipan tol secara...

Agong Akan Tentukan PM...

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah...

Sebutan Semula Kes Miliki...

KUANTAN - Mahkamah Majistret di sini hari ini, menetapkan 11 Mei depan sebagai...

Diskaun PTPTN Tidak Diteruskan...

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi tidak bercadang meneruskan pemberian diskaun pembayaran balik pinjaman Perbadanan...

Pemandu Teksi Gembira Dapat Bantuan Kewangan

KUBANG PASU – “Syukur kerajaan prihatin dengan nasib kami, bantuan ini saya akan guna bagi menampung perbelanjaan keluarga selepas saya tidak dapat mencari rezeki ketika ini,” kata Zakaria Jaafar, 74.

Zakaria yang bekerja sebagai pemandu teksi berkata, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) tepat kepada golongan sasar berikutan rakyat sepertinya tidak lagi mampu bertahan lama jika tiada bantuan kewangan.

Katanya, beliau hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM8 dalam tempoh tiga ke empat hari kerana tiada lagi pelanggan menempah teksi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sudah beberapa hari kami tiada pelanggan, daripada kira-kira 50 pemandu teksi yang beroperasi di pekan Jitra, kini hanya tinggal tiga sahaja yang masih setia di stesen teksi.

“Kami menunggu pelanggan yang tak pasti, selepas tiga empat hari baru ada seorang pelanggan, itu pun disebabkan ada pelanggan yang mengalami masalah kereta atau motosikal rosak, mereka akan hubungi kami untuk hantar mereka ke tempat kerja,” katanya.


Hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PRIHATIN bernilai RM250 bilion yang memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat.

Antara pakej itu kerajaan akan memberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing sepenuh masa membabitkan peruntukan sebanyak RM60 juta. – BH Online

Kategori