Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Vigneswaran Terima Kunjungan Duta...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri S A Vigneswaran hari...

Editor Buku Hina Jata...

KUALA LUMPUR - Editor buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia...

Bhandari Dipilih Sebagai Presiden...

KATHMANDU - Naib Pengerusi Parti Komunis Unified Marxis-Lenin (CPN-UML Nepal), Bidhya Devi Bhandari...

Warga Jakarta Saman Presiden...

JAKARTA - Warga Jakarta memfailkan saman semalam kerana kegagalan pemerintah menangani pencemaran udara...

Pembayaran Balik PTPTN Ditangguh Sehingga 30 Jun

KUALA LUMPUR – Para peminjam Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikecualikan daripada pembayaran balik selama tiga bulan mulai sekarang.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad berkata, penangguhan bayaran balik selama tiga bulan itu berkuatkuasa serta merta sehingga 30 Jun ini.

“Mengambil kira kes wabak penyakit Covid-19 kepada ekonomi negara yang mengakibatkan kehilangan dan kekurangan sumber pendapatan kepada peminjam PTPTN, kerajaan bersetuju PTPTN tangguhkan pembayaran balik pinjaman itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selaras dengan penangguhan tersebut, kata Noraini, semua peminjam PTPTN juga akan dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan dan perundangan.

“Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi dan PTPTN sentiasa prihatin, peka serta mengambil berat terhadap kebajikan semua peminjam PTPTN,” katanya. – MalaysiaGazette

Kategori