Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Tertinggal Anak...

BEIJING - Tertinggal buku atau cermin mata dalam pesawat memang sering berlaku. Bagaimanapun, satu...

Polis Tahan 5 Lelaki,...

BUKIT MERTAJAM - Lima lelaki, dipercayai anggota sindiket menghasil dan mengedar dadah, ditahan...

DBP Akan Terus Pujuk...

KUALA LUMPUR – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak akan berputus asa memujuk...

4,413 Kes Baru, 8...

Sebanyak 4,413 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,697,213.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah...

Peniaga Di Perhentian, R&R Dikecuali Bayar Sewa 6 Bulan

KUALA LUMPUR – Peniaga di semua perhentian serta Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di lebuh raya dikecualikan pembayaran sewa selama enam bulan.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menjelaskan pihak pengurusan lebuh raya berkaitan sudah menyatakan persetujuan mereka untuk berbuat demikian.

“Satu berita baik untuk penyewa-penyewa gerai di lebuh raya, walaupun tidak banyak kenderaan yang melalui di lebuh raya kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), nasib mereka tetap akan dibela.

“Justeru, pihak pengurusan lebuh raya seperti PLUS Berhad, ANIH Berhad, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Maju Expressway (MEX), Lebuh raya Shah Alam (KESAS) dan pelbagai lagi bersetuju memberi pengecualian sewa selama enam bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya dekat sini, hari ini.


Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pihaknya menerima pelbagai cadangan daripada masyarakat berhubung PKP fasa kedua.

“Ada yang mencadangkan supaya kita menggunakan celup jari seperti ketika pilihan raya, ada yang mencadangkan guna kad warna dan pelbagai lagi.

“Semua cadangan ini kita ambil maklum dan prosedur operasi standard (SOP) PKP ini memang kita memperincikan dari semasa ke semasa,” katanya. – BH Online

Kategori