Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penganggur Didakwa Muat Naik...

GEORGE TOWN - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari...

Kerajaan Kaji Mekanisme Terbaik...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan masih mengkaji...

Arkitek Kena Tahan Di...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga rakyat tempatan di Lapangan...

EasyTaxi: 3 Kenderaan Persendirian...

SEPANG - Tiga kenderaan persendirian tidak berlesen untuk mengambil penumpang di sekitar Lembah...

Penundaan Takwim Parlimen Ambil Kira Pembentukan Kabinet

PUTRAJAYA – Penundaan takwim persidangan Dewan Rakyat bagi Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor, terutama berkaitan pelantikan barisan menteri dan timbalan menteri yang sedang dimuktamadkan, kata Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Takwim Parlimen bagi Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 telah ditunda daripada 9 Mac kepada 18 Mei.

JPM dalam kenyataan hari ini menyebut, penundaan itu adalah untuk memberi masa munasabah bagi membolehkan barisan Kabinet memahami tugas kementerian dan jabatan masing-masing.

“Ia juga membolehkan menteri-menteri yang dilantik bersedia untuk menjawab soalan Waktu Pertanyaan Menteri (MQT), pertanyaan lisan, perbahasan, pembentangan rang undang-undang dan usul-usul apabila Parlimen bersidang,” kata JPM.

Penundaan turut memberi peluang ahli Parlimen mengemukakan pertanyaan jawab lisan dan bukan lisan serta usul baharu agar relevan dengan isu semasa negara, katanya.


Menurut JPM, penyediaan takwim Parlimen bagi Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 dilaksanakan berdasarkan peraturan-peraturan majlis mesyuarat yang berkaitan dan ia turut disahkan teratur oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

“Institusi Parlimen hendaklah dihormati oleh segenap lapisan rakyat, termasuk oleh ahli-ahli Parlimen sendiri,” kata JPM.

Kategori