Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Badan Penerbangan Jerman Tukar...

BERLIN - Persatuan Penerbangan Awam Jerman (BDL) mengumumkan hari ini rancangan untuk memperkenalkan...

Korban Meningkat 42 Orang...

PARADISE, California – Jumlah mangsa yang terkorban akibat kebakaran besar di California Utara...

KLIA Aeropolis Terima Pelaburan...

SEPANG - KLIA Aeropolis, hab logistik udara yang diperbadankan ke dalam Zon Perdagangan...

Bank Dunia Tangguh Projek...

WASHINGTON – Bank Dunia menangguhkan empat projek kemanusiaan di Afghanistan yang berjumlah AS$600...

Perikatan Nasional Melaka Menghadap TYT Kali Kedua

AYER KEROH – Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob, hari ini bersetuju menerima kunjungan kali kedua semua 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Perikatan Nasional (PN).

Kunjungan itu berlangsung di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) di Kompleks Seri Negeri, di sini, sebentar tadi.

Kunjungan diketuai Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Sumber memberitahu, kunjungan berkenaan adalah untuk mendapatkan kepastian mengenai cadangan nama calon Ketua Menteri Melaka yang baharu seperti dipersembahkan semalam.

Semalam kumpulan berkenaan mengadakan pertemuan dengan Mohd Khalil bagi mempersembahkan akuan bersumpah (SD) baharu untuk dipersetujui.


Pertemuan yang diatur saat akhir itu, susulan keputusan PN yang dianggotai 13 ADUN BN dan masing-masing seorang ADUN PKR serta DAP membatalkan kerjasama dengan dua ADUN dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Melaka.

Ia membabitkan ADUN Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad.

Ab Rauf dilaporkan berkata, tindakan ke atas kedua-dua ADUN berkenaan adalah kerana mengetepikan peranan 13 ADUN BN dalam usaha membentuk kerajaan negeri yang baharu. – BH Online

Kategori