Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Empat Calon Sah Tanding...

KUALA LUMPUR: Empat calon sudah mengesahkan pencalonan masing-masing bagi merebut jawatan Ketua Pemuda...

BTN Syor Perkenal Akta...

KUALA LUMPUR - Biro Tatanegara (BTN) hari ini mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan Akta...

Apple Inc Diarah Bayar...

NEW YORK - Apple Inc dikehendaki membayar VirnetX Holding Corp lebih AS$625 juta...

Mangsa Banjir Hilang Dokumen...

KUALA LUMPUR - Mangsa banjir yang kehilangan sijil kelahiran, kad pengenalan atau lain-lain...

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemaklumanan pelanjutan tempoh ini dibuat lebih awal supaya rakyat lebih bersedia.

Katanya, beliau diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara yang memaklumkan trend semasa menunjukkan kes positif Covid-19 yang baharu masih berlaku.

“Trend ini dijangka berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan bagi satu tempoh masa yang lebih lama.

“(Jadi) Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu.


“Pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka sehingga sekarang.

“Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak mengurusnya,” katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri di Bangunan Putra Perdana, Putrajaya, hari ini. – myMetro Online

Kategori