Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rasuah: Tengku Adnan Mengaku...

KUALA LUMPUR — Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor...

Ummah Serah Memo Pada...

PUTRAJAYA - Gerakan Pembela Ummah (Ummah) hari ini menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri...

RNAA: Tiada Pekerja KTMB...

KUALA LUMPUR - Tiada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan hilang pekerjaan...

Sabah Meterai Perjanjian Ternakan...

KOTA KINABALU - Kerajaan Negeri Sabah hari ini menandatangani perjanjian penyewaan tanah seluas...

Perintah Kawalan Pergerakan: Singapura Harap Lebih Fleksibel

SINGAPURA – Singapura berharap republik itu diberikan lebih banyak masa dan fleksibel selepas Malaysia mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa hari ini hingga 31 Mac.

“Kami berhubung dengan pihak Malaysia untuk mendapatkan sedikit kefleksibelan yang melangkaui tempoh tengah malam ini. Sehari atau dua hari bagi membolehkan peralihan itu berlaku,” kata Menteri Pembangunan Negara, Lawrence Wong.

“Perbincangan mengenai perkara itu masih berlangsung,” katanya dalam sidang akhbar Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian untuk mengemas kini situasi tempatan berkaitan penularan wabak COVID-19 di republik itu.

Malaysia pada Isnin memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara mulai hari ini hingga 31 Mac bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Perintah itu, antara lain merangkumi sekatan perjalanan sepenuhnya terhadap semua rakyat Malaysia ke luar negara, selain menghalang kemasukan pelawat dan pelancong asing ke Malaysia.

Semua langkah ini menjejaskan pemegang pas kerja dan rakyat Singapura, selain penduduk tetapnya yang berulang-alik setiap hari ke Malaysia.


Malam tadi kesesakan berlaku di pusat pemeriksaan kedua-dua negara, Woodlands dan Tuas, beberapa jam sebelum pintu masuk ditutup kepada perjalanan.

Meskipun Singapura sedang menimbang untuk melakukan langkah sekatan keluar masuk di republik itu, Wong berkata, ia tidak boleh ditolak meskipun bukan pertimbangan ketika ini.

“Kami sentiasa menyatakan bahawa kami perlu menimbangkan pelbagai langkah dan tidak menolak sebarang pilihan.

“Kami boleh menimbangkan keputusan besar yang tidak membabitkan langkah sekatan keluar masuk, yang menyaksikan penutupan sekolah, tempat kerja buat sementara waktu, bagi tempoh dua atau tiga minggu seperti Malaysia. Ia hanya bersifat menangguhkan aktiviti dan bukan sekatan keluar masuk.”

Kategori