Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

How-to Perform A Bibliography...

On the web Make a reservation for Experiences Tactics to Raise your Story...

Ibarat Filem ‘Happy Ending’

KOTA BHARU - Pengendali Kelantan, Yusri Che Lah menyifatkan kemenangan 2-1 ke atas...

2 Termasuk Bayi Maut...

TAWAU - Dua termasuk seorang bayi maut selepas kereta pacuan empat roda yang...

Video Seks: Haziq, 5...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul...

PH Bawa Usul Undi Tak Percaya Ke Dewan Rakyat

PAKATAN Harapan (PH) sudah bersetuju untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri kelapan dalam sidang Dewan Rakyat.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usul itu akan dibawa secepat mungkin oleh Ahli Parlimen PH.

“Kita dah ambil keputusan (bawa usul undi tidak percaya) secepat mungkin. Tarikh terpulang kepada Dewan Rakyat untuk tentukan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Bukit Segambut, di sini, hari ini.

Turut bersama beliau adalah isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Usul undi tidak percaya itu akan dibawa ke Parlimen susulan perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan pagi ini namun didakwa tidak mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.


Difahamkan, Anwar akan mengadakan mesyuaratMajlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR susulan kemelut politik tanah air dan perlantikan Perdana Menteri kelapan.

PH semalam sepakat untuk kembali mencalonkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri walaupun sebelum ini menamakan Anwar untuk jawatan itu. – myMetro Online

Kategori