Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

MRT: Transportasi Era Globalisasi

MALAYSIA melangkah lagi ke satu era transportasi teknologi tinggi apabila MRT diperkenalkan dan...

BNM Sentiasa Objektif Dalam...

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) sentiasa objektif dan bertindak mengikut undang-undang...

Jepun Dikejutkan Kejadian 2...

Tokyo – Jepun dikejutkan dengan tindakan dua budak perempuan yang hanya berusia 11...

Afgan Dedah Pernah Jadi...

SIAPA sangka penyanyi muda berlesung pipit kelahiran Indonesia ini pernah mengharungi detik-detik gelap sewaktu...

Polis Buru Penyebar ‘Covid-19 Hour #MalaysiaLockDown’

KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sedang berusaha mengesan individu yang menyebarkan maklumat palsu berhubung infografik ‘Covid-19 Hour #MalaysiaLockDown’ yang tular dalam media sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, perbuatan berkenaan adalah tidak bertanggungjawab dan memberi kesan kepada orang ramai.

“Kami akan mencari siapa individu yang tidak bertanggungjawab itu yang menyebarkan maklumat palsu dan menimbulkan kegusaran awam.

“Fikirkanlah kesannya kepada orang ramai sebelum menyiarkan sesuatu maklumat kepada umum,” katanya kepada Bernama.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dalam Facebook rasminya berkata, tiada sebarang perintah ‘lockdown’ di Malaysia akibat koronavirus (Covid-19).


Infografik yang dikongsi netizen melalui Facebook dan Whatsapp dengan tanda pagar #Malaysialockdown pada Isnin 16 Mac 2020 (pada hari ini), 8 hingga 10 pm.

Infografik Covid-19 Hour itu menyuruh rakyat Malaysia supaya berada di kediaman masing-masing selain menyebut beberapa larangan iaitu jangan keluar dari rumah, jangan keluar ke tempat awam seperti pasar raya dan restoran serta sembahyang dan berdoa.

Setakat tengah hari Ahad, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan, 190 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes.

Kategori