Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

GPS Dijangka Bincang Agenda...

KUCHING - Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, dijangka membincangkan suatu...

Warga Amerika Latin Pecah...

SHAH ALAM - Polis berjaya membongkar taktik baharu sindiket pecah rumah melibatkan warga...

‘Duyung’ Dalam Kandungan Wanita...

BEIJING - Seorang wanita di Yichang, wilayah Hubei, memutuskan menggugurkan kandungannya berusia enam bulan...

Pendayung Solo Tamat Misi...

LANGKAWI - Pendayung solo, Nadzeri Mustafa dari Kedah berjaya menamatkan misinya mengelilingi Semenanjung...

Polis Johor Siasat 6 Kes Berita Palsu Covid-19

JOHOR BAHRU – Polis Johor telah membuka enam kertas siasatan berhubung berita palsu mengenai jangkitan virus COVID-19.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis menerima enam laporan berhubung berita palsu itu dari awal Januari sehingga 7 Mac.

Bagaimanapun, katanya, belum ada tangkapan dilakukan sepanjang tempoh terbabit.

“Polis masih menunggu laporan lengkap daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana ia melibatkan forensik dan sebagainya serta melibatkan akaun palsu dan tidak (lagi) wujud,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata, daripada enam kertas siasatan yang dibuka, empat kes disiasat di bawah Seksyen 505 dan Seksyen 203 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Menurutnya, dua lagi disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Sementara itu, Ayob Khan berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri telah menerima 5,388 laporan polis bagi tempoh awal Januari sehingga 7 Mac, dan ia menunjukkan penurunan berbanding 5,847 laporan bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Daripada jumlah laporan itu, katanya sebanyak 702 kes dibuka kertas siasatan manakala bagi laporan yang tidak dijalankan siasatan adalah merujuk kepada laporan yang tidak melibatkan unsur-unsur jenayah dan tindakan agensi lain.

“Kes penipuan adalah penyumbang utama kes jenayah komersil (bagi tempoh tersebut) iaitu sebanyak 581 kes, antaranya kes pinjaman tidak wujud melibatkan 149 kes, diikuti 130 kes penipuan menerusi internet dan 70 kes Macau Scam,” katanya. 

Kategori