Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ini Buktikan Kaum...

KEBIASAANNYA orang sering mengatakan kaum perempuan yang paling juara kalau buat dua kerja...

Lee Chong Wei Tidak...

GOLD COAST - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak pernah mengecewakan...

RTC Kelantan Catat Nilai...

KOTA BHARU - Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjong di sini,...

Varian VOC COVID-19 Sudah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menolak kemungkinan penularan lebih meluas...

Polis Kawal Demonstrasi Di Pejabat Paul Yong

POLIS berjaya mengawal demonstrasi yang tercetus antara penyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dengan penyokong DAP di Pusat Khidmat ADUN di Batu Gajah, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Ketua Polis Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata dalam kejadian 10 pagi itu, kira-kira 100 ahli DAP Perak melakukan protes berhubung tindakan Yong keluar parti, baru-baru ini dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas.

Menurut Ahmad Adnan, ahli DAP berkenaan berkumpul di depan pejabat Khidmat ADUN Tronoh dengan membawa kain rentang dan sepanduk membantah tindakan ADUN Tronoh keluar daripada DAP.

“Pada masa sama, kira-kira 50 penyokong setia kepada ADUN Tronoh berada dalam pejabat pusat khidmat bagi memberi sokongan kepada Yong.

“Bagaimanapun tiada insiden tidak diingini berlaku dan tiada tangkapan dibuat ekoran kesemua mereka bersurai pada 10.40 pagi, selepas dinasihatkan pihak polis,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.


Mengulas lanjut, Ahmad Adnan berkata ketika kejadian ADUN Tronoh berkenaan tiada di pejabat.

Pada Isnin, selain Yong seorang lagi ADUN DAP yang meninggalkan parti itu adalah A Sivasubramaniam yang juga memilih menjadi wakil rakyat Bebas.

Kategori