Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pekerman Letak Jawatan Jurulatih...

BOGOTA – Jurulatih dari Argentina, Jose Pekerman meletak jawatan sebagai pengendali skuad bola...

Murid Terjatuh Dari Tingkat...

SHAH ALAM - Seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi, Klang cedera...

Stadium Nasional Titik Tumpuan...

KUALA LUMPUR - Semangat UMNO yang bersatu padu, siap sedia untuk menghadapi pilihan...

ADUN Balakong Maut Dalam...

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee maut...

Polis Pakai ‘Helmet’ Covid-19 Tarik Perhatian

CHENNAI – Seorang pegawai polis di Chennai, India menggunakan kreativiti dalam usahanya membantu mencegah penularan pandemik koronavirus (Covid-19) di negara itu.

Rajesh Babu memberitahu Asian News International dalam satu temu bual baru-baru ini, berkata, beliau memakai topi keledar yang kelihatan seperti virus Covid-19 bertujuan untuk menakutkan orang ramai, lapor Metro.UK.

Beliau memakainya ketika membuat rondaan sekitar Chennai susulan pengumuman kerajaan mengehadkan pergerakan rakyat selama 21 hari bagi mengekang penyebaran Covid-19.

“Kami dah buat pelbagai langkah tapi orang ramai masih berdegil untuk keluar daripada rumah mereka.

“Namun dengan adanya helmet Covid-19 ini, orang ramai dilihat lebih menghargai usaha polis dan kanak-kanak terutamanya akan menjerit dan menangis selain meminta ibu bapa, ahli keluarga supaya bawanya pulang ke rumah dengan segera kerana terlalu takut dengan Covid-19,” katanya.

Rajesh berharap lebih ramai penduduk sedar akan usaha kerajaan tentang kepentingan berada di rumah. – Agensi

Kategori