Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Haramkan Makan Dan Jual...

KOTA KINABALU - Menjual atau makan telur penyu perlu diharamkan di seluruh negara,...

Penurunan Kuasa: Adenan Jumpa...

SIBU - Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem akan berjumpa Perdana Menteri, Datuk...

Belia India Dipelawa Sertai...

ARAU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim akan...

Jerebu: Kualiti Udara Di...

SINGAPURA - Kualiti udara di Singapura terus berada di paras tidak sihat hari...

Polis Siasat Peguam Ajak Himpun Di Dataran Merdeka

POLIS sedang menyiasat seorang peguam wanita yang mengajak orang ramai untuk berkumpul di Dataran Merdeka, di Kuala Lumpur, malam ini, dipercayai merujuk kepada pengumuman bakal Perdana Menteri Malaysia.

Peguam Hak Asasi Manusia yang dikenali sebagai Fadiah Nadwa Fikri ini dikesan memuat naik kenyataan yang mengajak orang ramai turun ke jalan sebagai membantah pengkhianatan yang berlaku dalam pemilihan Perdana Menteri menerusi akaun laman sosial Twitter miliknya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata susulan kenyataan itu, polis akan membuka kertas siasatan terhadap individu terbabit.

“Peguam wanita ini mengeluarkan kenyataan bertajuk ‘Turun ke jalan: Demokrasi Mati’ dalam akaun laman sosial miliknya serta mengajak rakyat yang marah untuk berkumpul di Dataran Merdeka.

“Susulan itu siasatan terhadap peguam ini akan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, kerana mengeluarkan satu bentuk kenyataan berbaur hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia,” katanya kepada BH.

Menerusi kenyataan sama oleh Fadiah yang dimuat naik pada jam 6.03 minit petang itu, dia mengajak mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan pengkhianatan dalam pemilihan Perdana Menteri untuk berjumpanya di Dataran Merdeka. – myMetro Online

Kategori