Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

RASMI: BN Menang 10...

KUALA LUMPUR - Sehingga jam 9 malam tadi, keputusan rasmi Pilihan Raya Umum...

Isu Korea Utara: 5,000...

KUALA LUMPUR - Lebih 5,000 jemaah hari ini menyertai solat hajat yang diadakan...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 pada skala Richter melanda ...

Abai Anak: Suami Isteri...

JOHOR BAHRU - Ibu bapa kepada kepada tiga kanak-kanak yang diselamatkan Jabatan Kebajikan...

Potongan Cukai Tanah Rizab Melayu Johor Diperluas 5 Hektar

ISKANDAR PUTERI – Potongan cukai tanah 50 peratus bagi rizab Melayu di Johor diperluaskan dari empat hektar kepada lima hektar, kata Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini setelah mengambil kira keadaan semasa ekonomi rakyat yang terjejas akibat koronavirus (Covid-19).

“Penambahan sebanyak satu hektar ini, kami yakin dapat memberi manfaat kepada pemilik tanah khususnya dalam kalangan peneroka Felda dan penduduk kawasan luar bandar,” katanya pada sidang akhbar sejurus mempengerusikan mesyuarat itu di Kota Iskandar hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan melanjutkan tempoh bayaran cukai itu bagi meringankan beban rakyat.

“Ia (tempoh bayaran) akan ditentukan Pejabat Tanah Daerah (PTD) tetapi yang pasti ia tidak menjejaskan hasil kutipan kerajaan negeri,” katanya.


Bagi membantu sektor perhotelan pula, Hasni berkata, agensi kerajaan negeri akan dibenar semula mengadakan majlis atau program di hotel bagi membantu meningkatkan perniagaan sektor perhotelan.

“Kami menyedari sektor perhotelan khususnya di kawasan bandar merosot, maka, kami buat keputusan agar program kerajaan boleh diadakan di hotel untuk merancakkan lagi ekonomi dan perniagaan mereka,” katanya.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani dan barisan Exco Johor.

Kategori