Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bapa Azizulhasni Meninggal Dunia

Kuala Lumpur : Jaguh berbasikal trek kebangsaan, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menerima perkhabaran...

Masjid Mampu Perkasa Sektor...

ALOR GAJAH - Peserta industri pelancongan di negara ini digesa agar turut mempromosikan...

Ayda Jebat Tak Kecil...

KALAU dulu hubungan mereka memang sangat mesra, mungkin disebabkan digandingkan dalam drama hits...

Tiada Negara Kuasa Pendamai...

MASUK lima hari Aleppo dibom - dunia mula memberikan respons. Walaupun belum ada...

Prosiding Komital Terhadap Lokman Didengar 17 April

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 17 April untuk mendengar prosiding komital terhadap bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam atas dakwaan mengugut seorang saksi dalam perbicaraan kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saksi itu merupakan bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin saksi penting dalam kes berkenaan.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P. Kunyalam memaklumkan bahawa Mahkamah Rayuan pada 5 Mac lepas telah membenarkan prosiding komital di mahkamah ini ditangguhkan sementara menunggu rayuan diputuskan oleh mahkamah berkenaan.

Mohamad Mustaffa berkata Mahkamah Rayuan sebelum ini telah menetapkan 31 Mac ini untuk mendengar rayuan Lokman Noor bagi mengetepikan kebenaran diperoleh Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadapnya.

Peguam Negara ketika itu ialah Tan Sri Tommy Thomas.

Bagaimanapun, peguam Noor Farhah Mustaffa, yang mewakili Lokman Noor memohon prosiding komital itu didengar pada sebelah petang memandangkan mahkamah berkenaan terikat dengan perbicaraan kes 1MDB, yang berlangsung pada hari sama.


Hakim kemudiannya membenarkan permohonan pegumbela dan menetapkan prosiding komital didengar pada sebelah petang selepas selesai perbicaraan kes 1MDB.

Pada 14 Januari lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Lokman Noor untuk mengetepikan kebenaran diperoleh Peguam Negara bagi memulakan prosiding komital terhadapnya selepas mahkamah sama pada 22 Oktober 2019 memberi kebenaran kepada Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital berkenaan.

Dalam permohonan itu, Peguam Negara selaku pemohon memohon perintah supaya Lokman Noor selaku responden dipenjara atau didenda atas perbuatannya.

Menurut Peguam Negara, pada 25 September 2019, responden dalam temu bual video telah mengeluarkan perkataan berbaur ancaman atau membawa maksud untuk mengugut saksi, Amhari Efendi kerana memberi keterangan dalam perbicaraan kes Najib di Mahkamah Tinggi.

Kategori