Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Tanam Bayi Di Parkir...

IPOH : Polis Perak akan menggunakan saluran diplomatik termasuk Polis Antarabangsa (INTERPOL) bagi...

Kembara Mahkota Johor 2019...

JOHOR BAHRU - Kembara Mahkota Johor 2019 edisi ke-22 bermula hari ini, dengan...

Keputusan Potong Mata 4...

PUTRAJAYA - Keputusan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) mengenakan pemotongan enam mata...

Speaker DUN Selangor Salahkan...

SHAH ALAM - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh mendakwa Syarikat...

Radzuan Radziwill Buat Baju Untuk Barisan Hadapan

KUALA LUMPUR – Pereka fesyen terkenal, Datuk Radzuan Radziwill mengambil inisiatif memulakan projek amal menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan jururawat serta petugas barisan hadapan di hospital.

Usaha itu didorong perasaan simpati melihat petugas hospital yang terpaksa menjahit PPE mereka sendiri berikutan keperluan sedia ada tidak mencukupi sedangkan mereka bergelut tanggungjawab merawat dan menyelamatkan pesakit.

Radzuan berkata, setiap hari beliau mampu menyiapkan 50 pasang jubah luar PPE sejak memulakan projek itu sejurus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dengan bantuan rakan seorang doktor yang bertugas di Hospital Serdang.

“Rakan saya memberi maklumat mengenai ukuran, material dan maklumat pembekal.

“Sehingga kini, lebih 200 pasang sudah disiapkan dan saya mahu menghasilkan 1,000 atau 2,000 pasang jubah luar, topi dan tudung untuk diberikan kepada petugas yang memerlukan.

“Saya juga berharap rakan (pereka fesyen) lain atau sesiapa saja dapat membantu menjahit PPE ini kerana saya difahamkan setiap hari di Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buloh mereka memerlukan 400 helai berikutan ia adalah pakai buang,” katanya ketika dihubungi BH.

Radzuan yang banyak menghasilkan rekaan untuk kenamaan dan songket untuk pemimpin dunia, berkata beliau sudah membelikan tiga gulung kain yang mempunyai kira-kira 3,000 meter material non-woven, untuk dijahit menjadi PPE.


“Material ini sama jenis yang digunakan petugas hospital iaitu bahan kalis air, seperti kertas dan plastik. Jadi setiap hari saya berhasil menyiapkan 50 pasang dengan jubah dibuat dalam pelbagai saiz dari S hingga XL.

“Sayu melihat jururawat yang terpaksa menjahit sendiri sedangkan mereka tidak cukup rehat, kepenatan dan tugas itu bukan sepatutnya mereka lakukan. Jadi apa salahnya, saya guna kemahiran dan kepakaran membantu mereka,” katanya.

Radzuan berkata, ketika ini tiada masalah membeli material berkaitan tetapi agak sukar mendapatkan getah berikutan banyak kedai barangan jahit tutup selain keterbatasan bergerak.

“Cuma jika lebih ramai pereka dan tukang jahit dapat bersama melakukan projek ini, saya yakin lebih ramai dapat memberikan sumbangan untuk petugas barisan hadapan sekali gus meringankan kesukaran mereka memperoleh bekalan PPE mencukupi.

“Lagipun rekaannya ringkas dan tidak rumit hanya perlu pastikan material tidak terkoyak, jadi jika lebih ramai orang dapat menyumbangkan kemahiran dan kepakaran, lebih banyak hospital dapat kita bantu, apatah lagi tempoh PKP ini masih berbaki dua minggu,” katanya. – BH Online

Kategori