Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Anak Wan Khair-il Sertai...

KUALA KANGSAR - Empat anak Allahyarham Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, keluar dari...

Menteri Kena Sindir Isu...

ISU kereta terbang terus jadi bahan sindiran oleh Ahli Parlimen pembangkang di sidang...

JPPH Tiada Peranan Kawal...

PUTRAJAYA - Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) tidak mempunyai peranan dalam mengawal...

Bangga Plasma Darah Jadi...

KUALA LUMPUR - “Ada hikmah di sebalik wabak ini, walaupun diuji dengan COVID-19...

Ringgit Terus Merosot Pada Pembukaan

KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan aliran penurunan semalam untuk dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini, berikutan kebimbangan mengenai pandemik Covid-19 yang mengekang minat pedagang untuk mengambil risiko, kata peniaga.

Pada 9.02 pagi, mata wang tempatan merosot kepada 4.3090/3130 berbanding dolar AS daripada 4.3030/3080 semasa ditutup pada Isnin.

Beliau berkata, pakej rangsangan ekonomi 2020 Malaysia yang diumumkan bulan lepas untuk mengurangkan impak daripada Covid-19 gagal menyokong ringgit, berikutan seramai 125 orang lagi telah disahkan dijangkiti virus tersebut semalam, meningkatkan kebimbangan dalam kalangan rakyat dan mendorong pihak berkuasa untuk mengambil tindakan drastik.

Semalam, kerajaan mengumumkan ia akan menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan di seluruh negara hingga akhir Mac 2020 untuk mengawal penyakit itu.

“Selain itu, prospek ekonomi negara turut dijejaskan oleh kejatuhan harga minyak mentah dalam keadaan pasaran kewangan global yang tidak menentu,” katanya.


Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0356/0405 daripada 3.0260/0312 dan naik berbanding yen Jepun kepada 4.0403/0452 daripada 4.0613/0672 semasa ditutup semalam.

Unit tempatan jatuh berbanding pound kepada 5.2772/2834 daripada 5.2711/2876 dan meningkat berbanding euro kepada 4.8127/8189 daripada 4.8155/8228.

Kategori