Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hakim Putus Calon Tanpa...

SEREMBAN - Mahkamah Khas Pilihan Raya hari ini memutuskan bahawa kemenangan Datuk Seri...

Fesyen Glamor Selebriti Di...

KEPUTUSAN Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM) sudah pun diumumkan semalam yang mana filem...

Tertembak Diri Ketika Tayang...

SEORANG budak lelaki berusia 13 tahun maut selepas tertembak diri sendiri ketika sedang menayangkan...

Pegawai Menteri Juga Ditahan...

PENASIHAT kepada Menteri Industri Pertahanan Australia antara sembilan individu yang ditahan ekoran berkelakuan...

RM1 Bilion Kepada Dana Jaminan Makanan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion kepada Dana Jaminan Makanan sepanjang tempoh kritikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkata kerajaan juga akan terus menyalurkan pelbagai bantuan kepada petani, penternak dan nelayan termasuk dalam bentuk bantuan input pertanian, ternakan dan perikanan untuk menggalakkan pengeluaran domestik.

“Kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta bagi menyediakan kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman.

“Sebagai langkah tambahan, kerajaan akan menyediakan dana khas antara RM100,000 hingga RM200,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pertubuhan Nelayan Kawasan untuk memajukan projek agromakanan jangka pendek yang boleh mengeluarkan hasil dalam tempoh tiga hingga enam bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang disiarkan secara langsung, hari ini.


Dalam tempoh kritikal ini, Perdana Menteri berkata, adalah penting untuk memastikan bekalan makanan kekal terjamin dan mencukupi.

Katanya, projek agromakanan jangka pendek yang boleh mengeluarkan hasil dalam tempoh tiga hingga enam bulan adalah untuk memastikan bekalan makanan terjamin.

“Langkah ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM64.4 juta,” katanya. – BH Online

Kategori