Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Apa Masalah Kopitiam Old...

Rasanya tak payah duduk Malaysia la kot kalau tak tahu negara ini mempunyai...

Dakwaan Cheau Xuen Guna...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan penemuan bahan terlarang Sibutramine...

PKPD Di Felda Jengka...

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di empat kawasan...

Majikan Perlu Labur Untuk...

PUTRAJAYA - Majikan di sektor awam atau swasta perlu berani melabur untuk memiliki...

RM12 Juta Sedia Makanan Pelajar Universiti Awam, Swasta

PUTRAJAYA – Kerajaan memberikan jaminan untuk menjaga kebajikan 74,530 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang kini berada di kolej masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan kewangan sebanyak RM12 juta akan disalurkan kepada pengurusan IPT terbabit institusi untuk menyediakan makanan.

“Saya maklumkan bantuan makanan kepada pelajar universiti yang tinggal di universiti dan tidak dapat pulang, kerajaan akan tanggung kos menyediakan makanan untuk mereka.

“Ini termasuk semua IPT awam dan swasta, kolej komuniti, institut pendidikan guru dan kolej matrikulasi,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat khas yang diadakan di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan menyerahkan kepada pihak pengurusan institusi pengajian tinggi masing-masing untuk mengedarkan makanan tersebut.

“Kita serah kepada universiti sama ada mereka menyediakan kupon atau masak di kafe dan diedarkan kepada pelajar,” katanya. – Sinar Harian

Kategori