Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Amy Search Kecewa Hasil...

SEBAGAI seorang penyanyi, siapa yang tidak kecewa apabila karya hasil penat lelah diri...

Tiada Perlu Maklum Tubuh...

KUANTAN - Tiada keperluan untuk memaklumkan secara khusus tentang keanggotaan dan tujuan penubuhan...

Pesta Lalok Dan Seks...

Klang - Polis menahan 19 lelaki dan 10 wanita kerana terbabit dalam pesta...

Dhabitah Tak Patah Semangat...

KUALA LUMPUR — Prestasi hambar di Kejohanan Terjun Siri Dunia pada musim ini...

RM2 Bilion Projek Kecil Infrastruktur

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengenal pasti beberapa projek kecil untuk dilaksanakan seperti menambah baik jalan, menaik taraf sekolah daif di Sabah dan Sarawak, selain membersihkan rumah ibadat serta balai polis.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia turut merangkumi usaha meningkatkan kemudahan pelancongan yang akan memanfaatkan kontraktor kelas G1 hingga G4.

“Bagi tujuan ini, peruntukan sebanyak RM2 bilion akan disediakan. Pada masa sama, projek kecil bernilai RM2 bilion yang diumumkan dalam pakej sebelum ini akan mula dilaksanakan pada April.

“Projek-projek ini termasuk 14 projek infrastruktur kawasan FELDA bernilai RM600 juta, projek membaik pulih sekolah daif di Sabah dan Sarawak bernilai RM350 juta dan projek membaik pulih perumahan rakyat termiskin bernilai RM150 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) di sini, hari ini. – BH Online

Kategori