Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

“Tiada Hati Perut Punya...

HANYA kerana hal kecil, seorang pekerja pembersihan dikejarkan ke hospital pada Isnin lalu...

Kementerian Kawal MARA Diputuskan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka membuat keputusan mengenai kementerian yang akan bertanggungjawab terhadap...

Kecurangan Isteri Terbongkar Bila...

Sepanyol – Kecurangan seorang isteri terhadap suaminya terbongkar selepas dia melahirkan seorang bayi...

Wabak Ebola Kini Jangkiti...

VIENNA, Austria – Jumlah orang yang dijangkiti virus maut Ebola di seluruh dunia...

“Saya Bukan Wira, Itu Tak Penting” – Dr. Noor Hisham

PUTRAJAYA – “Ini bukan tentang saya, tetapi apa yang kita (rakyat) boleh lakukan bersama-sama untuk memerangi COVID-19.”

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata demikian ketika ditanya pemberita perasaannya apabila diberi gelaran ‘wira negara’ oleh warga Malaysia di media sosial kerana komitmennya dalam menangani krisis wabak COVID-19.

Katanya, gelaran itu tidak penting bagi dirinya, sebaliknya keutamaan ialah memastikan perkhidmatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang terbaik demi rakyat dan negara.

“Pada saya tak penting (gelaran wira negara) tetapi apa yang penting adalah perkhidmatan kita (Kementerian Kesihatan),” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham turut menasihati orang ramai mengikut nasihat dan kaedah digariskan KKM dalam mencegah daripada dijangkiti penyakit itu.


“Ikut garis panduan yang diberikan KKM. Jangan ikut yang tular di media sosial, berita palsu dan sebagainya, rujuk kepada talian ataupun laman sesawang KKM,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa video tular di media sosial yang kerap memberi tip mengelak daripada dijangkiti COVID-19.

Kategori