Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

‘Tiga Kali Dia Berak...

SEREMBAN - Tindakan seorang remaja perempuan yang dirakam selamba buang air besar di...

1MDB Nafi Laporan Business...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menafikan laporan oleh The Singapore Business...

ARSA Nafi Bunuh Penduduk...

MAUNGDAW - Pemberontak Rohingya menafikan dakwaan tentera Myanmar semalam konon mereka membunuh sejumlah...

Kerajaan Belum Ada Kata...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan mengharamkan perkhidmatan 'Dego...

Setuju Guna AI, BDA Bantu Kawal Penularan COVID-19

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersetuju untuk menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan analisis data raya (BDA) dalam membantu mengawal penularan wabak COVID-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba, berkata persetujuan itu diputuskan dalam satu mesyuarat kerjasama strategik membabitkan tiga kementerian itu bagi mengawal penularan wabak COVID-19 yang diadakan di ibu pejabat KKM di Putrajaya, semalam.

“Mesyuarat itu membincangkan perkara berkaitan penggunaan teknologi AI dan BDA berkaitan smart tracking dan keperluan dan perkongsian data dan kerjasama antara MOSTI dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi ‘centre for diagnostic screening’, kajian epidemiologi dan kajian kesahihan drug malaria,” katanya menerusi cacatan di laman Twitter rasminya @DrAdhamBaba semalam.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Dr. Adham, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Turut hadir ialah timbalan menteri bagi ketiga-tiga kementerian berkenaan, pegawai-pegawai kanan kementerian dan agensi, ahli akademik, serta pihak swasta.

Kategori