Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

20 Sebatan Jual Juadah...

BANDA ACEH - Para peniaga yang menjual juadah berbuka puasa di sini diingatkan supaya...

Henti Musuhi Zakir Naik,...

GEORGETOWN - Golongan yang memandang serong terhadap pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik perlu...

Sambutan Hari Kebangsaan: 498...

PUTRAJAYA - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengarahkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)...

Makcik Marah Jururawat Siap...

TAK tahulah apa punca masalah dalam kes video di bawah tetapi nyata pihak yang...

Sidang Dewan Rakyat: Speaker Akan Hubungi PM

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata pihaknya akan berhubung dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai sama ada Dewan Rakyat akan bersidang mengikut jadual pada 9 Mac ini atau ditangguhkan.

Beliau akan menulis secara rasmi bagi menanyakan mengenai perkara itu esok.

“Esok saya akan tulis minta maklumat lanjut bila kita akan bersidang. Saya akan tulis kepada perdana menteri sebelum buat keputusan. 

“Tunggulah, saya pun tidak tahu kerana saya tidak memutuskan tarikh sidang Dewan Rakyat,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri di Istana Negara.

Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 dijadualkan bermula 9 Mac ini yang akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kategori