Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Tun M Minta Semak...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak...

Perlu Berfikir Di Luar...

KUALA LUMPUR - Usahawan wanita kaum India harus peka dengan perkembangan semasa dan...

Wanita Maut Terkena Semut...

MALANG menimpa seorang wanita apabila dia digigit oleh semut api beracun sehingga meninggal...

KPM Kehilangan Seorang Guru...

BAU – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kehilangan seorang guru yang hebat berikutan pemergian...

Sistem ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Negara Ditutup Sementara

KUALA LUMPUR – Penggunaan sistem ‘Autogate’ dan ‘E-gate’ di semua pintu masuk seluruh negara ditutup sementara bermula hari ini sebagai langkah menangani penularan jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud bagaimanapun berkata tindakan itu tidak akan menjejaskan kemasukan pelancong ke dalam negara ini.

“Ya (autogate) ditutup sementara dan ia tidak jejaskan kemasukan. Ia (penutupan) untuk tujuan kawalan yang lebih ketat dalam menangani penularan virus Covid-19 dan kita akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam isu itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tentang surat arahan Jabatan Imigresen Malaysia kepada Pengarah Imigresen Negeri yang tular di media sosial dengan meminta mereka menutup sementara penggunaan sistem ‘Autogate’ dan ‘E-gate’ ekoran penyakit itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat 14 kes baharu Covid-19 lagi dikesan, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia meningkat ke 50 kes.

Kategori