Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Maria Chin Ditahan Polis...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Bersih 5, Maria Chin Abdullah ditahan di Kota Marudu,...

Jerebu: 8 Kawasan Catat...

KUALA LUMPUR - Lapan kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat...

Syarikat Multinasional Digalak Sertai...

KUALA LUMPUR - Syarikat multinasional digalak menyertai Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), seiring...

Orang Buta Jual Tisu...

KUALA LUMPUR - Menjadi tukang urut, menyanyi di kaki lima, menganyam bakul atau...

Sultan Ibrahim Akan Tetapkan Tarikh Sidang DUN Johor

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar akan menetapkan tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berikutnya.

Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat, berkata itu adalah titah nasihat baginda ketika beliau menghadap Sultan Johor pagi tadi bagi mempersembahkan perkembangan DUN Johor termasuk isu sidang Khas DUN Johor.

Katanya, penetapan tarikh persidangan DUN Johor oleh baginda itu sesuai dan termaktub dalam Bahagian Kedua Fasal 23 Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895.

“Dalam pertemuan bersama Sultan Johor pagi tadi, baginda turut menasihatkan persidangan DUN Johor perlu diadakan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh sidang terdahulu iaitu pada 21 November hingga 1 Disember 2019,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Selasa lalu, Pakatan Harapan (PH) Johor menyerahkan surat permohonan untuk mengadakan sidang Khas DUN kepada Suhaizan.


Penyelaras PH Johor, Aminolhuda Hassan, dilaporkan berkata surat permohonan berkenaan dihantar bagi membolehkan kesahihan sokongan majoriti yang didakwa diperoleh Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, disahkan.

“PH Johor bukan mempertikai apa lagi menderhaka kepada keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar namun hanya mahu bukti dan pengesahan sokongan majoriti didakwa diterima Menteri Besar,” katanya. – BH Online

Kategori