Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Debat Ditangguh Atas Nasihat...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan rasa kecewa...

Banjir: Jumlah Mangsa Di...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir kilat yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara...

Koronavirus Baharu Bertahan Beberapa...

WASHINGTON - Koronavirus (Covid-19) didakwa boleh bertahan di atas beberapa permukaan selama beberapa...

Geng Tikus Tumpas

Sungai Petani : Kegiatan licik Geng Tikus yang melakukan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi...

Sultan Johor Kurnia Makanan Kepada Anggota Polis

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan mengurniakan sumbangan makanan kepada anggota polis yang terlibat dalam tugasan sekatan jalan raya di sekitar kawasan Bandaraya Johor Bahru berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.

Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan sumbangan tersebut kepada Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay di Istana Pasir Pelangi, yang kemudiannya akan diagihkan kepada anggota polis.

Menerusi laman rasmi Facebook Sultan Johor Sultan Ibrahim, baginda bertitah sumbangan berkenaan diberikan kerana anggota polis kini sedang bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab masing-masing.

“Bantuan makanan ini kepada anggota polis yang terlibat dalam penugasan sekatan jalan raya di Bandaraya Johor Bahru. 

“Disebabkan mereka terbabit dalam penugasan sekatan jalan raya, bantuan makanan ini boleh disampaikan kepada keluarga masing-masing,” titah baginda.


Antara sumbangan yang diberikan termasuk beras, biskut, susu, sardin, mee segera dan susu yang akan diterima anggota polis yang bertugas. 

Sebelum ini, Sultan Ibrahim bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah telah berkenan mengurniakan sumbangan makanan kepada petugas perubatan di  Hospital Permai Johor Bahru.

Kategori