Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Cabaran Tangani Rasuah Kini...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui cabaran menangani rasuah dan...

Esscom Jamin Keselamatan Pelayar...

KOTA KINABALU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) memberi jaminan kepada...

‘African Scam’ Rekod Kerugian...

MELAKA - Sebanyak 78 kes kes penipuan 'African Scam' dan 'Love Scam' melalui...

DAP Arah ADUN Sokong...

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu...

Tangkap Individu Degil, Biadab, Cabar PKP – KPN

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang masih berdegil serta melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Abdul Hamid berkata, pihak berkuasa bertanggungjawab memastikan peningkatan pematuhan kepada perintah berkenaan yang bertujuan mengurangkan penyebaran Covid-19.

“Kira-kira 110 individu telah ditangkap dalam tempoh tujuh hari PKP,” katanya dalam satu wawancara Selamat Pagi Malaysia, di sini, hari ini.

Beliau berkata, mereka yang ditangkap itu tidak hanya melanggar peraturan PKP tetapi juga biadab, mencabar, memaki hamun dan mengasari anggota polis.

“Kita bertindak tegas, kita tangkap individu itu, jangan anggap kita hanya menasihati,” katanya.


Dalam perkembangan berasingan, Abdul Hamid memaklumkan tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang melakukan jenayah siber seperti kes penipuan penjualan topeng muka.

Beliau berkata, pihaknya telah membuka kira-kira 370 kertas siasatan terhadap kes penipuan dan membuat 25 tangkapan, di mana daripada jumlah itu sebanyak 11 kes telah dituduh di mahkamah.

“Saya dimaklumkan pembeli yang tertipu itu kerugian hampir RM3 juta. Kita tegas dalam hal ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial fokus dan sedang meneliti kes ini dengan serius,” katanya. – Sinar Harian

Kategori