Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Malindo Air Lancar Laluan...

KUALA LUMPUR - Malindo Air hari ini melancarkan perkhidmatan penerbangan harian dari Kuala...

Bocor Maklumat 1MDB: Rafizi...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli...

Kakitangan Kemas Kekal –...

BANTING - Jawatan 17,539 kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) berstatus kontrak dan tetap...

Belum Ada Keperluan Lakukan...

KUALA LUMPUR - Belum ada keperluan melakukan pembenihan awan kerana cuaca panas dan...

Terima Pelantikan Muhyiddin Tanpa Prejudis – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR – PAS mendukung kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menyeru aspek perkukuh perpaduan rakyat diteruskan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pelantikan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu harus diterima semua pihak tanpa sebarang prejudis selepas menerima pandangan daripada semua wakil rakyat.

“Keputusan itu adalah untuk memecah keraguan selepas mendapat pandangan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dan mengambil kira jumlah parti politik yang dibentuk.

“Itu sudah cukup membuang keraguan itu,” katanya menjawab soalan media susulan wujud penolakan mengangkat Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas Presiden PAS di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Abdul Hadi menggesa agenda negara dan rakyat difokuskan selepas isu kemelut politik sejak minggu lalu selesai dengan istiadat angkat sumpah Perdana Menteri yang berlangsung di Istana Negara pagi tadi.


“PAS mengharapkan kerajaan Persekutuan mengutamakan agenda memulihkan ekonomi, merapatkan jurang kaya miskin, meningkatkan taraf pendidikan dan pembangunan seimbang di Semenanjung dengan Sabah serta Sarawak. Seterusnya menjaga federalisme dengan negeri-negeri.

“PAS menyeru rakyat menjaga keharmonian dan perpaduan kaum serta menyarankan kerajaan berlaku adil dengan kebajikan semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

“PAS turut mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam, pasukan keselamatan, pemimpin masyarakat, media dan rakyat yang dapat menjaga dan mengekalkan keamanan negara,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin sebelum ini yang parti itu sanggup menerima kembali ahli Parti Amanah Negara (Amanah), Abdul Hadi berkata, itu hanyalah satu kenyataan yang perkara itu belum berlaku setakat ini. – Sinar Harian

Kategori