Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bekas Ketua Penerangan PAS...

KUCHING - Mesyuarat pemilihan anggota jawatankuasa Gerakan Harapan Baru (GHB) Sarawak pada 20...

Cabaran Mustafa Ali: DAP...

KUALA LUMPUR - DAP mengakui parti itu berasa amat tercabar dengan kenyataan yang...

Mahathir Selamat Kembali Dari...

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selamat tiba di Pangkalan...

Penduduk Sg. Terengganu Berhati-Hati,...

KUALA NERUS - Penduduk di kampung Seberang Bukit Tumbuh, di sini diminta berhati-hati...

Tiada Helikopter Tentera Buat Semburan Disinfeksi COVID-19

KUALA LUMPUR – Tiada helikopter tentera khas yang digunakan untuk membuat semburan disinfeksi COVID-19 di udara di seluruh negara seperti yang tular di media sosial, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Ketika dihubungi Bernama beliau berkata berita yang tular di media sosial itu adalah palsu serta tidak tepat sama sekali.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara dalam kenyataan meminta orang ramai supaya tidak berkongsi atau menyebarkan maklumat palsu berkenaan.

“Harus diingat mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” demikian menurut kenyataan itu.

Hari ini, tular di media sosial menyatakan helikopter tentera khas akan melakukan semburan disinfeksi virus COVID-19 di udara di seluruh negara.

Mesej berkenaan berbunyi “Anda mesti berada di dalam rumah selepas jam dua belas malam dan keluarkan (ambil) semua pakaian yang berada di luar apabila anda mendengar bunyi pesawat pada waktu malam, anda tahu bahawa ia berkaitan dengan perkara ini (COVID-19) berlaku di Malaysia. Please memaklumkan jika anda mempunyai keluarga dan rakan-rakan di Malaysia.”

Kategori