Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Had Umur Kahwin: TPM...

HANOI - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata...

Hentikan Amalan Budaya ‘Curi...

KANGAR – Budaya 'mencuri masa' bekerja untuk melakukan urusan selain daripada tugasan rasmi...

2 Wanita Trauma Dirompak...

BUKIT MERTAJAM - Dua wanita bukan sahaja kerugian ribuan ringgit malah trauma bila...

Through writing creating artwork.

There exists an important difference between composing an article and creating a great...

Tiada Jawatan Kabinet, Hadi Pantau Ahli Laksana Tugas

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ketiadaanya dalam barisan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam membolehkannya memantau kerajaan baharu dengan lebih berkesan.

Ahli Parlimen Marang itu berkata selain itu, ia juga bagi memantau setiap anggota PAS yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri agar mereka dapat melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

“Ini perlu difahami oleh ahli-ahi PAS khususnya dan mereka yang hendak mempelajari konsep politik Islam yang kita perkenalkan.

 “Mudah-mudahan, ia menjadi satu model yang amat baik dan kita mengharapkan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berjaya. Kita mendukung sepenuhnya kepimpinan beliau sementara waktu menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kita juga berharap rakyat akan dapat beri sokongan padu dan bersama-sama sama berdoa kejayaan kerajaan yang kita bentuk ini,” katanya dalam perutusan khasnya di Facebook rasminya, malam ini.

Beliau turut menjelaskan keputusan memilih Muhyiddin menjadi perdana menteri adalah untuk menghalang Pakatan Harapan membuat ‘pusingan u’ buat kali kedua berikutan sokongan yang sentiasa berubah-ubah.


“Alhamdulillah akhirnya kita berjaya dengan cara demokrasi, bukannya dengan cara pintu belakang. Ia mengikut Perlembagaan yang sah… berlakunya perubahan yang sangat menarik dan tidak mengorbankan rakyat, tidak menyusahkan rakyat,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau turut menegaskan perpecahan yang berlaku dalam PH bukan disebabkan pihak lain, namun berpunca daripada pergolakan dalaman parti itu sendiri sehingga terdapat usaha untuk menggulingkan perdana menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, katanya PAS terpaksa mengambil langkah untuk mengambil alih kerajaan untuk menyelamatkan negara dan kerajaan melalui proses demokrasi dengan berpandukan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Kategori