Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rakyat AS Makin Gemuk,...

PARAH... Golongan dewasa Amerika Syarikat (AS) dilapor tidak semakin tinggi sebaliknya mereka semakin...

Anggota Parti Diseru Sokong...

JOHOR BAHRU – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini...

MPT Tingkat Kebersihan Cegah...

TAIPING - Majlis Perbandaran Taiping (MPT) sentiasa meningkatkan tahap kebersihan termasuk menjalankan gotong-royong...

Laporan Panel Hal Ehwal...

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan akan bersidang selama...

Tiada Pegawai SPRM Ditahan Cuba Lupus Fail Guan Eng

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan pegawainya ditahan kerana cuba melupuskan fail kes bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki memaklumkan maklumat yang tular itu adalah palsu.

“Saya menafikan cerita ini (pegawai ditahan). Gambar pegawai SPRM ditahan yang disebarkan itu juga adalah kes lama dan tidak berkaitan,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, tular menerusi aplikasi WhatsApp mengenai seorang pegawai SPRM ditahan bersama sejumlah wang.

Pegawai terbabit dikatakan cuba melupuskan fail berkaitan dakwaan salah guna kuasa Guan Eng ketika memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.


Mesej yang tular itu juga mendakwa kes berkenaan digugurkan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Guan Eng pada 26 Jun 2016 ditahan SPRM di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 3 September 2018 melepas dan membebaskan Guan Eng, daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo. – BH Online

Kategori