Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

‘Wild Boars’ Tetamu Kehormat...

KUMPULAN pemain bola sepak remaja Thailand yang menarik perhatian dunia apabila terperangkap dalam...

Infusi Plasma Darah Pesakit...

BEIJING - Pihak berkuasa kesihatan China hari ini menggesa individu yang sudah sembuh...

PM Najib Pengerusikan Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun...

Liu Ying, Khairul Anuar...

BUAT pertama kalinya Malaysia akan menampilkan dua pembawa bendera di Sukan Olimpik yang...

Tiada Rancangan Pembangunan Di Felda Wilayah Raja Alias

KUALA LUMPUR – FELDA tidak pernah menerima sebarang permohonan untuk membangunkan tanah peneroka di Jempol, Negeri Sembilan bagi pembinaan bandar berkembar Istanbul.

Projek bandar aeroangkasa dan bandar berkembar dengan Istanbul, Turki itu dikatakan mahu dibangunkan di atas tanah peneroka FELDA Wilayah Raja Alias oleh syarikat, Mohhashi Space Gateway.

FELDA dalam kenyataannya, menjelaskan agensi itu tidak menerima sebarang makluman mengenai rancangan pembangunan atau tawaran berkaitan projek berkenaan.

“Difahamkan, Pejabat Daerah dan Tanah Jempol dan Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) tidak menerima sebarang permohonan projek pembangunan bandar berkembar terbabit.

“Ini kerana, permohonan wajib dikemukakan kepada kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), jika mahu memajukan tanah FELDA di kawasan berkenaan,” katanya.

Semalam, syarikat itu dilaporkan bercadang membangunkan tanah ladang peneroka dengan pelbagai infrastruktur, termasuk pembinaan lapangan terbang kargo antarabangsa dan akademi penerbangan.


Projek lain termasuk membina 1,000 premis kilang hab halal, universiti tahfiz antarabangsa, universiti aeroangkasa, kolej dan kawasan kediaman membabitkan kos pelaburan bernilai RM180 bilion.

Tanah peneroka pula FELDA pula ditawarkan pada harga RM320,000 bagi setiap 0.4 hektar dengan purata setiap peneroka menerima RM3.2 juta.

Jajaran perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) bermula dari Kuantan, melalui Bandar Seri Jempol sebelum berakhir di KLIA juga antara cadangan pembinaan di kawasan itu. – BH Online

Kategori