Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Isu Tuntutan Sulu: Malaysia...

KUALA LUMPUR : Malaysia menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan Madrid semalam yang mengekalkan...

Mah Sing Tingkat Simpanan...

KUALA LUMPUR - Mah Sing Group Bhd bercadang untuk meningkatkan simpanan tanahnya di...

Mahkamah Tolak Permohonan Reman...

Tidak sampai 24 jam selepas ditahan, aktivis Perikatan Nasional (PN) Wan Muhammad Azri...

Husam Sah Istana Kelantan...

KOTA BHARU - Pemimpin Pakatan Harapan daripada Parti Amanah Negara (PAN), Husam Musa...

Tiada Tindakan Hina Mahkamah Terhadap Zahid

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan pihak pendakwaan untuk Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dikenakan tindakan menghina mahkamah selepas Presiden UMNO itu mengemukakan permohonan maaf secara terbuka berhubung penangguhan perbicaraan semalam.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas menerima alasan bahawa terdapat salah faham penggunaan ayat oleh peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid ketika mengemukakan permohonan itu.

Mahkamah juga mengambil kira pengakuan maaf tertuduh atas salah faham yang berlaku dan mendapati tiada kes untuk dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Terdahulu, Ahmad Zahid gagal mengemukakan surat yang didakwa diterima daripada Pejabat Perdana Menteri dengan alasan belum ada perlantikan rasmi dan angkat sumpah bagi Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid mengemukakan permohonan maaf secara terbuka dan bersetuju dengan semua penjelasan yang diberikan oleh peguamnya.


”Secara terbuka saya memohon maaf atas kekeliruan dan salah faham yang timbul dan saya tak berhasrat langsung untuk memperdaya mahkamah ini.

“Saya amat menghormati Yang Arif dan menghormati mahkamah yang mulia. Sekali lagi saya memohon maaf atas kekeliruan,” katanya. – BH Online

Kategori