Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

RUU Anti Lompat Parti...

PETALING JAYA : Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dimuktamad dan dibentangkan dalam sesi...

Op Rentap Khas: 6...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan enam suspek dalam senarai dikehendaki...

Inkues Adib: 4 Peguam...

SHAH ALAM - Mahkamah Koroner di sini hari ini diperkenalkan empat peguam daripada...

Media Indonesia Ikuti Rapat...

JAKARTA: Media dan pemerhati Indonesia mengikuti rapat Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15)...

Tian Chua Ditampar Penyokong PKR

NAIB Presiden PKR, Tian Chua ditampar dan dibaling botol minuman penyokong parti berkenaan dalam kejadian di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, sebentar tadi.

Penyokong parti berkenaan dipercayai tidak berpuas hati kepada Tian Chua yang dilihat cenderung kepada kem bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selain menjerit ‘pengkhianat’ kepadanya ketika mahu meninggalkan pejabat berkenaan selepas mesyuarat.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin dan Setiausaha PKR Selangor, Mohd Razlan Jalaluddin turut diserang kumpulan penyokong parti berkenaan di lokasi sama.

Kebanyakan penyokong PKR dilihat berang dan menjerit perkataan ‘pengkhianat’ kepada kedua-dua individu berkenaan.

Bagaimanapun situasi selama 10 minit itu berjaya dikawal beberapa individu dari kumpulan otai reformis. – myMetro Online

Kategori