Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tiga Beradik Hilang Tempat...

YAN - Tiga beradik hilang tempat bergantung selepas ibu mereka terlantar dan tidak...

Polis Sah Terima Laporan...

Shah Alam : Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pencemaran bau disyaki gas amonia...

Video: Reaksi Bila Anak...

Bagi kebanyakan orang, motivasi terbesar untuk mempunyai matlamat mencapai sesuatu dalam hidup adalah...

“Allah Beri Hidayah Kepada...

KETIKA menjalani penggambaran di luar negara, pelakon Fathia Latiff memberitahu bahawa dia sudah...

Tindakan Drastik Diambil Jika Masih Berdegil – Polis

POLIS bersedia mengambil tindakan drastik terhadap individu yang masih berdegil dan tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, setakat ini pihaknya masih menggunakan pendekatan memberi nasihat namun jika keadaan bertambah buruk, tindakan drastik akan diambil.

“Difahamkan, hanya 60 peratus sahaja masyarakat mematuhi PKP, bagaimanapun dengan sekatan jalan raya yang mula dijalankan malam tadi peratusan itu diharap dapat ditingkatkan.

“Semalam sebanyak 504 sekatan jalan raya diadakan di seluruh negara bagi memberi nasihat kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas meninjau sekatan jalan raya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, hari ini.

Abdul Hamid berkata, polis akan mewujudkan lebih banyak pasukan terutama di kawasan tumpuan orang ramai seperti di padang permainan atau lain-lain lokasi tumpuan.

Belia berkata, pihaknya berharap peratusan itu dapat ditingkatkan daripada 60 peratus kepada 70 peratus malam ini selepas analisa baru dilakukan.

“Sekiranya peratusan masih tidak berubah kami akan merujuk dengan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk mendapatkan arahan selanjutnya.


“Sekurang-kurangan 95 peratus masyarakat perlu mematuhi arahan PKP,” katanya.

Menurutnya, seramai 8,600 anggota polis ditugaskan bagi memantau pergerakan masyarakat untuk mematuhi PKP.

“Saya berharap orang ramai faham, jangan biarkan ia sampai ke tahap berbahaya hingga terpaksa mengambil tindakan drastik.

“Kami sebenarnya tidak mahu menangkap mana-mana individu, oleh itu jangan pentingkan diri dan jangan buat perjalanan yang tidak perlu serta berikan kerjasama sebaiknya bagi memastikan keadaan tidak bertambah buruk,” katanya. – myMetro Online

Kategori